Kos bina bilik darjah naik mendadak, KPM diminta jelaskan – Fahmi

KERAJAAN akan mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung kenaikan mendadak kos pembinaan bilik darjah, yang kini dilaporkan mencecah sehingga RM520,000 bagi sesetengah projek, bagi memastikan penggunaan peruntukan lebih efisien dan mengikut sistem pembinaan berindustri (IBS).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, isu berkenaan bagaimanapun tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

“Hal ini tidak dibincangkan, tapi sebenarnya isu prasarana ini adalah satu isu yang penting, malah Perdana Menteri sebelum ini sudah menyatakan hasrat kerajaan adalah untuk pastikan bilik darjah ini dapat disediakan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Tapi kita akan susuli dengan pihak KPM untuk mendapatkan sedikit pencerahan mengenai isu ini,” katanya pada sidang media mingguan, di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kos anggaran pembinaan sebuah bilik darjah bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini meningkat sehingga sekali ganda berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.

Peningkatan kos itu berpandukan kepada dokumen As Tendered Detailed Abstract (ATDA) yang disediakan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

ATDA adalah satu penilaian yang dilakukan terhadap keseluruhan tender seperti kos dan aktiviti kerja dari peringkat awal sehingga projek siap sepenuhnya.

Fadhlina dilaporkan berkata, berdasarkan ATDA yang dikeluarkan JKR, kos pembinaan sebuah bilik darjah antara 2016 hingga 2020 dianggarkan antara RM180,000 hingga RM250,000, manakala kos bagi tempoh 2021 hingga 2026 meningkat kepada RM280,000 hingga RM520,000.

Beliau menjelaskan anggaran itu hanya meliputi kos blok bangunan, termasuk bilik darjah, tangga, koridor dan tandas.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara