Tiada kompromi salah guna pas sosial – Fahmi

KERAJAAN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan pas lawatan sosial oleh pelawat asing, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih tegas dan menyeluruh.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini, yang turut menerima taklimat terkini berhubung operasi penguatkuasaan serta tangkapan berkaitan kesalahan penyalahgunaan pas lawatan sosial.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan seramai 54,791 individu telah diperiksa dan diambil tindakan secara keseluruhan hasil pemeriksaan dan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Walaupun kemasukan mereka (pelawat asing) itu adalah atas sebab sosial sama ada untuk melawat, untuk pergi melancong tapi akhirnya ada elemen pekerjaan yang dikesan.

“Daripada 54,791 individu diambil tindakan, seramai 51,100 orang diambil tindakan pada 2025 manakala bagi Januari 2026, seramai 3,691 orang,” katanya.

Fahmi berkata, antara kesalahan utama yang dikenal pasti adalah penyalahgunaan pas lawatan sosial serta kelonggaran visa yang sepatutnya digunakan khusus bagi tujuan lawatan dan pelancongan.

Beliau menegaskan, kerajaan akan terus memperketat penguatkuasaan undang-undang imigresen bagi memastikan syarat kemasukan ke negara ini dipatuhi sepenuhnya, selain mengekang aktiviti pekerjaan secara tidak sah oleh pelawat asing.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam