Tiada kompromi penjawat awam rasuah, salah guna kuasa

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam didapati menyalahgunakan kuasa atau terlibat dalam rasuah termasuk mereka daripada peringkat pengurusan tertinggi, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, susulan perkembangan terbaharu melibatkan tangkapan dan siasatan berkaitan salah guna kuasa, perkhidmatan awam akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

“Perkhidmatan awam tidak akan sama sekali berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana penjawat awam mengikut lunas perundangan ditetapkan sekiranya didapati bersalah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Azri berkata, prinsip menolak salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan tadbir urus, penting bagi memastikan kredibiliti perkhidmatan awam tidak dicemari sekali gus mengelakkan tindakan yang boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi teras negara.

Beliau menjelaskan, nilai integriti perlu kekal menjadi teras penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan.

Ini termasuk dalam usaha mengurangkan ketirisan hasil negara serta mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara selaras aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI.

Dalam tempoh setahun kebelakangan ini, agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas dalam isu berkaitan salah laku dan rasuah sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan memperkukuh integriti perkhidmatan awam.

SPRM melancarkan pelbagai operasi berprofil tinggi melibatkan pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi termasuk kes berkaitan pengurusan kewangan, perolehan serta salah guna kuasa pada peringkat pengurusan tertinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan integriti adalah tunjang utama dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat serta pelabur.

Katanya, tindakan tegas tanpa mengira pangkat perlu dilakukan bagi memastikan tadbir urus kerajaan tidak terjejas oleh elemen rasuah atau ketirisan.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam