Dua peniaga dikenakan tindakan jual barangan kawalan tanpa lesen

SANDAKAN – Dua peniaga dikenakan tindakan undang-undang selepas disyaki menjual barangan kawalan tanpa lesen sah dalam pemeriksaan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan, di sekitar Kampung Ulu Sapi dan Sapi Nangoh, pada 28 Januari lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Sandakan, Joe Azmi Jamil berkata, kedua-dua peniaga terbabit disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 selepas didapati menjual barangan kawalan bersubsidi tanpa kebenaran.

“Antara barangan yang dirampas ialah 53 tong gas petroleum cecair, 456 kilogram (kg) gula kasar, 90 kg minyak masak peket dua kg, 36 kg minyak masak botol tiga kg, 48 kg minyak masak botol dua kg serta 102 kg tepung gandum.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM13,926,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Joe Azmi berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bagi memantau bekalan dan harga barangan kawalan, khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Selain itu, pemeriksaan turut memberi tumpuan terhadap pematuhan penggunaan alat timbang yang telah ditentusahkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 serta penandaan harga mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau memaklumkan, bermula 1 Januari hingga kini, KPDN Sandakan telah menjalankan 1,029 pemeriksaan melibatkan 509 premis di kawasan bandar dan 520 di luar bandar.

“Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 15 kes berjaya dihasilkan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM726,375.54. Daripada jumlah itu, enam kes telah dikompaun dengan kutipan RM1,700 manakala sembilan lagi masih dalam siasatan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh daerah Sandakan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, orang ramai diminta tampil menjadi mata dan telinga KPDN dengan menyalurkan aduan melalui WhatsApp 019-848 8000, portal eAduan KPDN, talian 1-800-886-800, emel eaduan@kpdn.gov.my atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik