Cubaan masuk Sarawak gagal, 21 PATI diusir

Oleh: Tengku Majid

LUNDU – Cubaan sekumpulan 21 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk menyusup masuk ke Sarawak melalui laluan haram gagal apabila mereka berjaya ‘dikantoikan’ Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu operasi keselamatan di kawasan sempadan Lundu, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang, pasukan operasi TDM yang sedang melaksanakan rondaan rutin di sektor sempadan mengesan pergerakan mencurigakan kumpulan terbabit yang dipercayai bergerak dari arah Indonesia menuju ke wilayah Malaysia.

Bertindak pantas hasil maklumat risikan dan pemantauan rapi, anggota bertugas melancarkan serbuan taktikal kira-kira 800 meter dari garisan sempadan di sebelah Malaysia, sebelum berjaya menahan kesemua 21 individu berkenaan.

Menurut kenyataan Sel Operasi Media Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, kumpulan tersebut terdiri daripada 17 lelaki dan empat wanita warga negara jiran yang dipercayai cuba memasuki negara secara ‘senyap-senyap’.

“Hasil pemeriksaan mendapati majoriti PATI terbabit tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah. Mereka mendakwa tujuan masuk ke Malaysia adalah untuk mencari pekerjaan serta membeli barangan tanpa melalui pos imigresen,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan pelbagai barangan bernilai tinggi dengan anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM10,637, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap motif sebenar kemasukan mereka.

Antara barangan yang dirampas termasuk 19 unit telefon pintar pelbagai jenama, antaranya iPhone 11 Pro, Xiaomi dan Vivo.

“Pemeriksaan fizikal turut mengesahkan kumpulan ini tidak membawa sebarang senjata api atau bahan berbahaya,” jelas kenyataan itu.

Kesemua 21 PATI tersebut telah diusir serta-merta ke negara asal melalui pintu sempadan terdekat pada hari yang sama, manakala laporan polis turut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu sebagai rekod dan bukti pencerobohan.

Related Posts

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan aktiviti domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan biarpun berdepan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri