Sukan SEA 2027: Sabah akan teliti, timbang semula penganjuran bersama

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah akan meneliti dan mempertimbangkan semula cadangan untuk menjadi salah satu penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh ahli mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor selepas meneliti dan menilai pelbagai aspek, pada Rabu.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Belia Sukan Malaysia (KBSM) untuk mendapatkan perincian cadangan penganjuran bersama Sukan SEA 2027.

“Saya akan bertemu dengan Menteri KBSM secepat mungkin untuk membincangkan dan memperjelaskan perkara ini secara
terperinci,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, hasil perbincangan dan maklumat terperinci berkaitan penganjuran itu kelak akan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri Sabah.

“Kerajaan negeri amat menyambut baik hasrat kerajaan persekutuan untuk menganjurkan temasya ini dan akan memberikan sokongan penuh serta bekerjasama erat untuk memastikan kejayaan Sukan SEA 2027,” tambahnya.

Related Posts

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

ARSENAL dan Chelsea bakal berentap Ahad ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang mempertaruhkan rekod kemenangan 100 peratus manakala Tottenham pula terdesak mencari sinar untuk keluar dari zon penyingkiran. Juara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

PENYERANG Arsenal, Gabriel Martinelli menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal secara perpindahan tetap dengan nilai dilaporkan mencecah 60 juta pound (RM335 juta). Arsenal mengesahkan perpindahan pemain Brazil itu ke Al…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal