MTPMA63 bincang kuasa autonomi di Sabah

KUCHING – Majlis Tindakan Perlaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) akan membincangkan kuasa autonomi di Sabah pada minggu depan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, perbincangan kali ini melibatkan kuasa autonomi berkaitan pendidikan dan kesihatan.

“Kita memerlukan kuasa autonomi yang lebih kerana kita lebih tahu perancangan untuk membangunkan pendidikan dan kesihatan di Sarawak,” ujar beliau.

Selain itu, beliau menjelaskan kuasa autonomi dapat membuat kerajaan Sarawak membuat keputusan yang lebih baik.

“Kita dapat melaksanakan projek pembangunan kesihatan dan pendidikan di Sarawak,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Advokasi Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Bahagian Kuching di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi di sini pada Rabu.

Sementara itu, beliau menjelaskan mesyuarat tersebut tidak membincangkan isu berkaitan pelantar benua.

“Ini hak kita dan kita ada hak untuk melaksanakan undang-undang negeri kita. Jadi, tiada rundingan akan dibincang,” ujar beliau.

Beliau berkata Sarawak mempunyai hak dan sah di bawah undang-undang tanah negeri tersebut termasuk pelantar benua sampai 200 batu nautika.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor