Seminar Lelaki Qawwam: MAIS bimbing bekas ahli GISBH

137 bekas ahli Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) menyertai Seminar Lelaki Qawwam 2026: Mencintai dan Mencontohi Qudwah Rasulullah SAW anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Selayang, baru-baru ini.

MAIS dalam kenyataan memaklumkan, seminar yang berlangsung selama sehari pada Ahad lalu adalah usaha bersama Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan kepada peserta berhubung tanggungjawab dalam institusi rumah tangga.

Program tersebut turut menekankan kepentingan mencintai serta mencontohi Qudwah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan berkeluarga.

Seminar dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Sosial MAIS Dr Hajah Norraini Nordin.

Perkongsian awal disampaikan Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid menerusi tajuk Tanggungjawab Suami: Nafkah, Didikan dan Kasih Sayang.

Sesi seterusnya menampilkan perbincangan bertajuk Mencintai dan Mencontohi Qudwah Rasulullah SAW oleh Profesor Madya Dr Ahmad Najaa’ Mokhtar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Dr Ahmad A’toa’ Mokhtar dari Universiti Islam Selangor (UIS).

Seminar itu turut menyaksikan penyampaian simbolik agihan fidyah MAIS kepada para peserta.

Related Posts

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir