KUANTAN – Lebih banyak program yang mampu memberi impak kepada masyarakat sedang dirancang sepanjang tahun ini.
Perkara itu antara dibincangkan pada program ramah mesra Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah bersama sukarelawan skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Paya Besar, hujung minggu lalu.
Program itu berlangsung di Warong Tersorok, dekat FELDA Panching Selatan, dekat sini.
Mohd Shahar yang juga ahli parlimen Paya Besar turut berkongsi mengenai cara terbaik untuk pembangunan karakter dan pembinaan nilai kepimpinan dalam kalangan belia.
“Pertemuan ini diadakan secara santai dan ringkas, lebih penting adalah kita mahu berkongsi dan bertukar pandangan dalam keadaan santai,” katanya.
Hadir sama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Mustaqim Zakaria; Penyelaras DUN Panching, Hasrul Afizan Mohd Din dan Penyelaras DUN Sungai Lembing, Datuk Safariah Awang Ngah.
Kira-kira 50 sukarelawan YPM Paya Besar menyertai sesi santai itu yang turut dihadiri Ketua Sekretariat YPM Paya Besar, Nur Hidayu Halim dan Muhammad Hafiz Wahab.


