BDDA mahu belajar kaedah pertanian Thailand

KUCHING – Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) mahu belajar kaedah pertanian dari Thailand.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak boleh menggunakan kaedah pertanian dari Thailand memandangkan iklim di kedua-dua negara hampir sama.

“Thailand sememangnya terkenal dengan industri makanannya yang sangat maju,” kata beliau.

Selain itu, ujar beliau, Thailand juga mempunyai teknologi keseluruhan rantaian bekalan makanan yang sangat maju.

“Thailand juga mempunyai rangkaian pasaran di seluruh dunia yang dapat membantu petani mereka menjual produk mereka,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum mengetuai rombongan BDDA melawat Wilayah Ratchaburi, Thailand.

Sementara itu, Douglas merangkap Pengerusi BDDA berkata pemasaran sangat penting dalam membantu petani meningkatkan pendapatan mereka.

“Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan yang baik kepada BDDA,” ujar beliau.

Beliau juga berharap hasil program ini dapat membantu petani di Betong memberi idea komersial produl mereka ke luar negara.

Related Posts

Mayat pemancing lemas terjatuh Sungai Pahang ditemukan

KUANTAN – Seorang pemancing yang hilang selepas terjatuh di Sungai Pahang dekat Kampung Lebak Seberang, Temerloh, Rabu lalu ditemukan lemas pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

PETALING JAYA – Pendekatan memudah cara serta persekitaran pelaburan yang kondusif menjadi antara faktor Google memilih Selangor sebagai lokasi pusat data pertamanya di Malaysia. Prinsipal Infrastruktur Global Google Asia Pasifik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mayat pemancing lemas terjatuh Sungai Pahang ditemukan

Mayat pemancing lemas terjatuh Sungai Pahang ditemukan

RCI TH untuk pulihkan keyakinan umat Islam, perbaiki tadbir urus – Penganalisis

RCI TH untuk pulihkan keyakinan umat Islam, perbaiki tadbir urus – Penganalisis

Anwar kecam Israel teruskan projek penempatan E1, ancam masa depan Palestin

Anwar kecam Israel teruskan projek penempatan E1, ancam masa depan Palestin

“Cukuplah! Jangan biarkan anak-anak takut ke sekolah” – Yuneswaran

“Cukuplah! Jangan biarkan anak-anak takut ke sekolah” – Yuneswaran

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi