Tiada kes virus Nipah dikesan di Thailand

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengesahkan tiada kes penyakit virus Nipah direkodkan di negara itu, meskipun timbul kebimbangan susulan penularan wabak berkenaan di luar negara baru-baru ini.

Timbalan Setiausaha Tetap Kesihatan Awam, Dr Sophon Iamsirithaworn berkata, penyakit itu kekal diklasifikasikan sebagai satu daripada 13 penyakit berjangkit berbahaya di bawah Akta Penyakit Berjangkit B.E. 2558 (2015), tanpa sebarang perubahan kepada status Thailand.

Beliau berkata, kebimbangan itu berpunca penularan wabak di luar negara, terutama di Bangladesh dan negeri West Bengal di India.

“Walaupun kawasan itu terletak jauh dari segi geografi dengan Thailand, pemantauan rapi adalah perlu memandangkan terdapat penerbangan terus ke lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang dan Phuket,” katanya, seperti dilapor Agensi.

Dr Sophon berkata, Jabatan Kawalan Penyakit telah memulakan saringan bersasar terhadap pengembara dari kawasan terjejas yang menaiki penerbangan terus sejak hujung minggu lalu.

Katanya, setakat ini tiada jangkitan dikesan, namun pengembara yang menunjukkan gejala konsisten dengan kes disyaki – seperti demam atau simptom pernafasan serta mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan wabak dalam tempoh 21 hari – akan segera menjalani siasatan epidemiologi dan ujian makmal.

“Penumpang yang tiba dari kawasan berisiko tinggi juga dikehendaki melengkapkan dokumentasi di bawah Akta Penyakit Berjangkit dan menghubungi talian penting Kawalan Penyakit di 1422 sekiranya mengalami gejala dalam tempoh 21 hari selepas ketibaan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Sophon memaklumkan Thailand bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas dan terus memantau perkembangan di luar negara, dengan penilaian terbaharu menunjukkan kawasan terjejas mampu membendung wabak itu dan tiada tanda-tanda penularan berterusan dalam komuniti atau merentas sempadan.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara