SADA terus perkasa pemuliharaan dan kelestarian orkid, berpotensi tingkatkan ekonomi rakyat

SRI AMAN – Sri Aman Development Agency (SADA) terus melaksanakan komitmen jitu dalam usaha melestarikan keindahan flora negeri khususnya di kawasan Sri Aman.

Pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihak SADA juga sedang bekerjasama dengan Sarawak Orchid Society (Sarorso) dalam meningkatkan kesedaran tentang perkara ini bagi manfaat kepada rakyat.

“Orkid bukan sekadar tumbuhan hiasan, malah merupakan sebahagian daripada warisan semula jadi Sarawak serta spesies ‘flagship’ dalam pemuliharaan tumbuhan.

“Pada masa yang sama, orkid juga mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai industri florikultur yang mampan, selain mampu meningkatkan ekonomi penduduk setempat sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak ke arah pembangunan ekonomi hijau yang seimbang antara pemuliharaan alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap dalam Program Kesedaran Pemuliharaan dan Inovasi Lestari Orkid Sri Aman, di Wisma SADA, hari ini.

Beliau turut percaya bahawa penganjuran program seumpama ini mampu menjadi platform bagi berkongsi pengetahuan mengenai pemuliharaan spesis orkid Sarawak, malah turut mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, dan komuniti setempat.

Selain itu dalam perkembangan sama, Pengerusi Sarorso, Dr. Auvaroza Tengku Abraham menyatakan, terdapat beberapa nilai orkid yang merangkumi pelbagai bidang seperti kosmetik, pelancongan, perubatan, farmaseutikal, gastronomi, kraf, pendidikan, dan penyelidikan.

“Dahulu orkid digunakan dalam makanan tradisional termasuklah cucur. Kini, pelbagai produk telah dihasilkan daripada orkid termasuklah coklat, teh, minyak wangi, batik, anting-anting, dan makanan moden.

“Setiap daerah di negeri kita memiliki jenis orkid yang berbeza mengikut kesesuaian kawasan dan persekitaran. Jika orkid yang tumbuh di Sri Aman, hanya Sri Aman adalah lokasi terbaik untuk ianya tumbuh dan membiak,” jelas beliau.

Untuk rekod, program ini berlangsung di Wisma SADA, dengan penganjuran program ini adalah atas permohonan pihak Sarorso kepada SADA bagi mengetengahkan maklumat pemuliharaan orkid kepada masyarakat.

Seramai 90 orang peserta dari pelbagai agensi dan rakan strategik SADA telah menyertai program ini.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24