Inkues: Dua saksi dedah Zara dimarahi, dijerit kuat oleh senior

KOTA KINABALU – Dua saksi dalam prosiding inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir hari ini mendedahkan bahawa Zara dimarahi dan dijerit kuat oleh pelajar senior di dalam sebuah dorm di asrama pada malam kejadian.

Peguam, Rizwandean M Borhan yang mewakili ibu Zara berkata, kedua-dua saksi yang masing-masing merupakan saksi ke-59 dan ke-60 memberitahu mahkamah bahawa Zara telah disoal siasat serta dimarahi dengan nada suara yang sangat kuat sehingga boleh didengari hingga ke aras bawah bangunan.

“Saksi ke-59 mengatakan pada malam kejadian itu, Zara telah dimarah dan diteriak oleh senior.

“Dan perkataan yang telah digunakan oleh senior adalah bodoh dan sial. Dia telah ditanya berapa kuat yang senior ini teriak kepada Zara.

“Dia cakap kuat dan bagi dia, boleh dengar sampai aras bawah,” katanya dalam sidang media selepas prosiding inkues di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Tambahnya, saksi turut berkata, semasa pelajar senior masuk ke dalam dorm tersebut, pelajar senior itu juga melemparkan pin bendera ke arah Zara sambil bertanya adakah Zara ada mengambil pin dan dompet tersebut.

Bagaimanapun, saksi berkata, Zara telah bersumpah tidak ada mengambil barang-barang yang hilang.  

Sementara itu, Rizwandean berkata, saksi ke-60 turut mengesahkan bahawa pada malam itu, Zara telah diteriak dan dimarah pelajar senior menggunakan kata-kata kesat seperti sial.

Beliau berkata, saksi ke-60 memaklum terdapat lima orang senior yang memarahi Zara.

Tambahnya, kedua-dua saksi turut memberitahu mahkamah bahawa mereka berasa sangat takut ketika menyaksikan kejadian tersebut.

Akibat ketakutan dan trauma yang dialami, kedua-dua saksi telah berpindah sekolah.

Related Posts

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

KEMELUT yang berlaku di Negeri Sembilan menjadi ujian kepada semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN), Pas, Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan parti politik lain untuk membezakan antara kepentingan parti, kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

KOTA KINABALU – Pengalaman keluarganya mengusahakan perniagaan berkaitan bekalan makanan ketika pandemik COVID-19 mencetuskan minat untuk mendalami bidang agro-teknologi dan melihat pertanian sebagai antara sektor penting untuk masa depan. Penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

UMNO perlu jadi pendamai, bukan bersikap seperti penderhaka

UMNO perlu jadi pendamai, bukan bersikap seperti penderhaka

Dua kedai serbaneka dibaling bahan letupan, polis buru suspek kes khianat

Dua kedai serbaneka dibaling bahan letupan, polis buru suspek kes khianat

Warga pendidik, AKP nadi kecemerlangan pendidikan luar bandar – Ahmad Johnie

Warga pendidik, AKP nadi kecemerlangan pendidikan luar bandar – Ahmad Johnie

Malaysia tidak akan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – Anwar

Malaysia tidak akan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – Anwar