
KUCHING – Anak-anak Sarawak berada di luar negara kembali ke tanah air mereka untuk berbakti di kampung halaman mereka.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata Sarawak memerlukan tenaga kejar yang mahir untuk memastikan negeri ini terus maju.
“Saya sentiasa menggalakkan anak Sarawak yang mendapat pendedahan di negara maju untuk kembali ke Sarawak,” kata beliau.
Ujar beliau, Sarawak bukan hanya mahu rakyatnya mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi membawa nilai dari negara yang maju.
“Selepas itu, kita dapat panggil pulang mereka ke Sarawak untuk menabur bakti,” kata beliau di Facebook.
Sebelum ini, Dr Sim menghadiri European Society of Cardiology Congress 2024 di London pada Selasa.
Selain itu, beliau sempat berjumpa pelajar Sarawak ketika kunjungan ke Sarawak Foundation House (SFH) bersama-sama dengan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Semawi Mohamad.







