Polis pengiring cedera, motosikal terbabas semasa program Anwar

KUANTAN – Seorang anggota polis cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam tugasan di Kilometer 71.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Lans Koperal Zulakmal Isa dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Maran dipercayai terbabas akibat tumpahan minyak di permukaan jalan.

Beliau berkata, ketika kejadian, anggota berkenaan dalam perjalanan melaksanakan tugasan di lokasi terakhir lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karak.

“Keadaan anggota terbabit dilaporkan stabil dan telah dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yahaya berkata hasil pemeriksaan serta ujian X-ray yang dijalankan mendapati tiada kecederaan serius dialami mangsa, namun terdapat beberapa luka di bahagian tangan, pinggul dan lutut.

Dalam pada itu, hantaran di Facebook Polis Pahang memaklumkan Yahaya mengambil tindakan segera membantu anggota yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Ketua Polis Pahang turut mengiringi anggota terlibat hingga ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Yahaya berkata pihaknya telah melawat anggota berkenaan di hospital sejurus selepas kejadian bagi memastikan kebajikan dan keadaan kesihatannya terpelihara.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan