Ada saringan ketat sebelum terima semula bekas ahli UMNO

KUALA LUMPUR – Saringan ketat akan dilakukan oleh UMNO terlebih dahulu sebelum menerima mana-mana bekas ahli untuk menyertai semula parti tersebut.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu penting untuk mengelak sebarang risiko termasuk mencetus kekacauan dalaman serta melemahkan parti.

Beliau berpandangan, UMNO tidak menjangkakan akan berlaku kemasukan semula bekas ahli secara beramai-ramai, namun menegaskan sebarang penerimaan semula perlu ditangani dengan cermat bagi memelihara perpaduan dan kestabilan.

“Setakat ini, terdapat reaksi bercampur-campur dalam kalangan kepimpinan mengenai penerimaan semula bekas ahli… sebab itu kami perlu berhati-hati dan perlu ada proses saringan yang wajar.

“Jika tidak, ia boleh mengganggu keharmonian parti dan seterusnya menjejaskan lagi parti sekiranya prosedur yang betul tidak dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyantuni pengamal media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, UMNO bukanlah sebuah parti yang sewenang-wenangnya memecat ahli, namun mengakui ada yang sebelum ini meninggalkan parti susulan tindakan yang mencetuskan perpecahan dalaman.

Beliau menambah bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan mempengerusikan jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengendalikan permohonan daripada bekas ahli.

“Mana-mana individu yang dipecat, individu dah keluar, kalau mereka nak menyertai semula parti, mereka perlu melalui proses, mereka perlu mohon semula kerana mereka telah dipecat, mereka telah dibuang daripada parti,” katanya.

Pada Jumaat, menerusi ucapan dasar sempena perasmian PAU 2025, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab menguruskan permohonan untuk menyertai atau menyertai semula parti, sama ada secara individu atau berkumpulan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan berfungsi sebagai platform untuk menyatukan semula mereka yang sebelum ini tersasar daripada UMNO, sambil menegaskan bahawa parti itu mesti kekal terbuka, inklusif dan berakar pada perjuangan asalnya.

Related Posts

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan pemberian subsidi diesel melalui penggunaan kad fleet kepada kira-kira 7,000 penyedia perkhidmatan pertanian di seluruh negara bagi mengurangkan beban kos operasi sektor itu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

PUTRAJAYA – Aktiviti penanaman padi di Kedah dijangka kembali rancak selepas sambutan Aidiladha susulan keadaan bekalan air di kawasan jelapang padi utama negeri itu semakin stabil. Menteri Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik