Pintu sentiasa terbuka namun untuk terima semula bekas ahli UMNO ada syaratnya 

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengadakan perbincangan, membuat pilihan serta mendengar suara dari bawah terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang keputusan menerima bekas ahlinya untuk kembali kepada parti.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Jumaat akan menilai tahap keterbukaan berkaitan perkara terbabit.

“Banyak parti politik datang dari ‘rumah’ UMNO, jadi kita hendak membuka pintu tetapi bersyarat. Jika buka pintu pun tidaklah seluas-luasnya, jika tutup pintu tidaklah serapat-rapatnya.

“Sebab itu, kita ada jawatankuasa yang akan mengukur pintu buka sebesar mana, rapat sekecil mana kerana UMNO bukan parti komunis, bukan Presiden cakap semua kena buat, sebaliknya kita akan bincang,” katanya ketika ditemui media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Terdahulu, menerusi Ucapan Dasar pada PAU 2025, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO akan menubuhkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak, baik secara individu atau en bloc.

Ahmad Zahid berkata, pintu UMNO sentiasa terbuka luas, yang menjadi tempat ahli dibesarkan dan mengadun erti perjuangan.

Ditanya sama ada en bloc dimaksudkan itu merujuk Bersatu yang kebanyakan pemimpinnya berasal daripada UMNO pula, Azalina menegaskan, perkara terbabit tidak dapat disahkan pada masa ini namun meyakini Ahmad Zahid menyediakan asas untuk mendapatkan maklum balas pihak terbabit.

Sementara itu, Azalina berkata, ucapan Presiden UMNO memberi naratif bahawa UMNO sentiasa menjadi asas kepada kestabilan secara keseluruhan.

Beliau berkata, UMNO adalah premis positif seperti sebuah rumah untuk membawa semua parti Melayu ke bawah satu bumbung.

“Kita akan membuka pintu dan tingkap kepada sesiapa yang mahu memperkukuhkan isu Melayu, yang memberi kekuatan kepada satu bangsa supaya tidak hanya bercakap retorik politik.

“Sebahagian parti bercakap mengenai Melayu serta Islam tetapi apabila kita mahu bersama, terlalu banyak bantahan dan beliau bertanya kepada perwakilan, adakah ini peranan UMNO ketika ini dan akan datang,” katanya.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam