Rumah Bangsa bukan amaran kepada Kerajaan Perpaduan, hanya pemerkasaan bangsa Melayu

KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyelar tafsiran mahupun dakwaan bahawa cadangan Penyatuan Rumah Bangsa sebagai amaran kepada rakan politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Besar Pahang memaklumkan, cadangan tersebut sebagai pendekatan terbaik untuk penyatuan bangsa, khususnya orang Melayu dan tidak meminggirkan kaum lain.

“Saya tak dengar pun presiden kata amaran. Presiden cuma kata seelok-eloknya, cara yang terbaik.

“Ucapan itu ucapan terbuka, (tentang) penyatuan bangsa. UMNO ini rumah terbuka, rumah bangsa terbuka,” katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, beliau turut melihat cadangan yang disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai strategi terbaik untuk memperkukuhkan kedudukan parti itu.

Wan Rosdy berpandangan, ia adalah proses biasa yang perlu dilalui pihak yang berhasrat untuk kembali bagi memperkasa semula UMNO dalam memikat semula hati rakyat.

“UMNO alu-alukan dan terbuka (terima bekas pemimpin dan ahli) ke Rumah Bangsa. Ia akan menguatkan lagi UMNO, Melayu, Islam dan negara,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ucapan dasar Ahmad Zahid yang mengusulkan penyatuan orang Melayu memberi harapan baharu kepada parti.

Katanya, idea itu boleh mencetuskan perubahan besar sambil berharap syor penyatuan orang Melayu mendapat persetujuan semua pihak.

“Menerusi ucapannya pagi ini, Presiden UMNO memberi harapan baharu kepada UMNO apabila beliau sendiri mengusulkan betapa pentingnya bukan orang UMNO sahaja dalam parti ini bersatu.

“Beliau menekankan mana-mana orang Melayu kalau mahu bersama-sama kita mencari perubahan baharu dalam diri dengan mengambil kira negara ini telah merdeka 60 tahun,” katanya.

Tambahnya, harapan orang Melayu khususnya telah banyak berubah dan dalam hampir lapan dekad ini, sudah tentu satu perubahan besar yang perlu UMNO ambil selain mengambil kira pandangan daripada generasi muda.

“Saya suka dengan cadangan ini. Keseluruhan perwakilan bersetuju dengan Presiden UMNO, jadi saya harap perwakilan yang berbahas selepas ini akan berbahas dengan rasional dan memberi pandangan bagus supaya ia membuka pemikiran baharu dalam UMNO,” katanya.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang