Najib: Dakwaan selamatkan ‘tengkuk’ tidak benar

KUALA LUMPUR – Tuduhan mengatakan UMNO, khususnya Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetepikan bekas Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara adalah tidak benar.

Ahmad Zahid berkata, pendirian UMNO dalam menyokong bekas perdana menteri itu yang kini berdepan hukuman penjara tidak pernah goyah.

“Ada orang kata (UMNO) sertai Kerajaan Perpaduan sebab nak selamatkan Zahid, itu tuduhan… Zahid (juga) dikatakan mengetepikan setiakawan kepada Najib, itu juga tuduhan.

“Malah simpati kita, pembelaan kita dan solidariti kita kepada ‘bossku’ (Najib) telah ada yang ambil kesempatan.. mereka jadikan satu omokan dan persendakan.

“UMNO tak pernah goyah untuk bersama-sama Datuk Seri Najib,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Dalam pada itu Zahid berkata UMNO merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar insan bernama Najib Razak diberikan ihsan.

“Bagi hamba Tuanku itu beroleh apa sahaja pertimbangan dan keringanan untuk membolehkan beliau dapat kembali semula kepada pangkuan keluarga dan kami semua… Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun,” katanya sebelum melaungkan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali sambil disusuli perwakilan.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International berkaitan rasuah RM42 juta, dengan tarikh rasmi tamat pada Ogos 2028, namun beliau berpotensi dibebaskan lebih awal sekitar 2026–2027 kerana remisi satu pertiga.

Selain itu, pada Disember lalu beliau turut dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion dalam kes 1MDB, yang boleh meningkat hingga 40 tahun jika gagal membayar denda.

Related Posts

GPS sedia pertahan semua kerusi DUN

BETONG – Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili gabungan itu sekiranya pilihan raya negeri diadakan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan salahkan RoS jika masalah bermula dalam PN – Mahfuz

PARTI Amanah Negara (Amanah) menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya menyalahkan kerajaan atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung tindakan terhadap gabungan itu yang didakwa berpunca daripada kemelut dalaman. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX zahir takziah pemergian Tun Hasmah, sedekah Al-Fatihah sebelum ucaptama

PMX zahir takziah pemergian Tun Hasmah, sedekah Al-Fatihah sebelum ucaptama

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Tun Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

Tun Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

Jangan cemar institusi diraja, Ismail Lasim wajar berundur – AMK

Jangan cemar institusi diraja, Ismail Lasim wajar berundur – AMK

KPT susun semula syarikat pegangan universiti, termasuk UiTM Holdings

KPT susun semula syarikat pegangan universiti, termasuk UiTM Holdings

Sarawak ubah landskap acara perniagaan, sasar penganjuran berteraskan impak komuniti

Sarawak ubah landskap acara perniagaan, sasar penganjuran berteraskan impak komuniti