Sang Saka Bangsa berkibar, tirai PAU 2025 rasmi dibuka

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 bermula secara rasmi pagi Jumaat dengan upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Dataran Plaza Merdeka, pada jam 8.24 pagi.

Upacara itu disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan disaksikan barisan kepimpinan tertinggi parti.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu parti, Bersatu, Bersetia, Berkhidmat sejurus bendera Sang Saka Bangsa dinaikkan sepenuhnya.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, selain tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Majlis turut dihadiri barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad; Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh serta Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Majlis kemudian disempurnakan dengan sesi bergambar MKT UMNO, barisan pemimpin Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO, Pergerakan Puteri UMNO, Skuad Sabil, Skuad Sayang 3K Kebangsaan dan Sekolah Patriotik UMNO yang turut menyertai acara perbarisan bagi memeriahkan acara tersebut.

PAU 2025 yang bermula sejak 14 Januari lalu menerusi Perasmian Perhimpunan Agung sayap-sayap parti telah menghimpunkan 6,400 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara, mencerminkan komitmen dan kesatuan jitu warga UMNO.

Upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa menjadi pembuka tirai kepada Ucapan Dasar Presiden, sebelum diteruskan dengan sesi perbahasan para perwakilan sehingga 17 Ogos ini.

PAU 2025 ini turut dimeriahkan dengan karnival jualan dengan banyak pilihan produk baik daripada pakaian hinggalah makanan, selain reruai pameran yang menempatkan pelbagai agensi dan kementerian yang menjadi tumpuan perwakilan, ahli serta pengunjung luar di aras 2 Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Related Posts

Politik bukan sekadar mimpi menang besar, tetapi bertanggungjawab terhadap rakyat

KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pas mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya akan datang telah menarik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gelombang kemenangan kini bukan milik PN – Mahdzir

KUALA NERANG – Gelombang kemenangan yang pernah memihak kepada Perikatan Nasional (PN) di Kedah tidak lagi berada pada tahap sama seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi UMNO Kedah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Durian Hub jadikan Pedu sebagai pusat pengeluaran durian.

Durian Hub jadikan Pedu sebagai pusat pengeluaran durian.

Ranau hidupkan pelancongan lestari, Sabah Tea jadi tumpuan lawatan STA

Ranau hidupkan pelancongan lestari, Sabah Tea jadi tumpuan lawatan STA

Mayat wanita OKU ditemukan terapung di kolam ikan

Mayat wanita OKU ditemukan terapung di kolam ikan

Politik bukan sekadar mimpi menang besar, tetapi bertanggungjawab terhadap rakyat

Politik bukan sekadar mimpi menang besar, tetapi bertanggungjawab terhadap rakyat

Gelombang kemenangan kini bukan milik PN – Mahdzir

Gelombang kemenangan kini bukan milik PN – Mahdzir

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu