SPRM hadapi cabaran bukti dan dokumentasi kes berprofil tinggi

MENYIAPKAN siasatan bagi kes berprofil tinggi memerlukan usaha yang lebih rapi, terutamanya yang melibatkan dakwaan rasuah perolehan dan penyalahgunaan kuasa.

Proses itu menuntut bukti lengkap serta dokumentasi terperinci sebelum boleh dirujuk kepada pihak pendakwaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dalam kes rasuah, siasatan bukan hanya tertumpu kepada transaksi wang, sebaliknya perlu membuktikan identiti pemberi serta hubungannya dengan urusan perolehan yang disiasat.

“Dalam kes rasuah, kita tidak hanya melihat berhubung dengan transaksi wang yang telah dikemukakan.

“Kita perlu membuktikan siapa pemberi dan sebagainya, khususnya dalam kes membabitkan isu perolehan,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau menekankan bahawa proses mendapatkan dokumen kewangan memerlukan pematuhan prosedur tertentu dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa dan perlu ada kerjasama daripada pihak bank serta institusi lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

“Untuk mendapatkan dokumen bank bukan satu tindakan yang boleh disegerakan kerana pihak bank juga mempunyai prosedur tertentu.

“Namun saya mengucapkan terima kasih kepada Bank Negara dan pihak bank kerana membantu menyegerakan pembekalan dokumen berkenaan,” katanya.

Azam berkata kes berkenaan dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang perlu ditangani segera, tetapi kualiti siasatan tetap menjadi keutamaan.

Kertas siasatan hanya boleh dikemukakan kepada pihak pendakwaan apabila keterangan mencukupi dan mematuhi standard yang ditetapkan.

“Saya mengklasifikasikan kes ini sebagai kes berprofil tinggi yang perlu ada kesegeraan.

“Dalam menyiapkan kertas siasatan, kualiti siasatan amat penting kerana keterangan mesti melepasi paras yang dikehendaki oleh pihak pendakwaan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kes berprofil tinggi yang sedang disiasat termasuk dua kes membabitkan dakwaan rasuah dalam urusan perolehan serta salah guna dana kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang kini berada di peringkat akhir siasatan sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Azam menambah bahawa saiz siasatan besar dan memerlukan penglibatan sekurang-kurangnya 40 pegawai SPRM bagi memastikan siasatan berjalan lancar.

Beliau menegaskan bahawa SPRM tidak bertindak atas arahan mana-mana pihak atau tekanan awam, sebaliknya menjalankan siasatan mengikut tanggungjawab undang-undang.

“Saya tidak mengambil apa apa direktif daripada mana mana pihak dan bukan bertindak atas arahan mana mana daripada awam.

“Ini tanggungjawab kami untuk melengkapkan siasatan secepat mungkin,” katanya.

Azam berkata pendedahan barangan kes pada sidang media bukan bertujuan untuk menarik perhatian atau sensasi, sebaliknya membolehkan fakta kes dilihat secara jelas dan mengelakkan spekulasi yang tidak tepat.

“Barang-barang kes ini dipamerkan untuk dilihat kerana saya tidak mahu di luar sana membuat pelbagai andaian.

“Kita tunjukkan ini bukan untuk ‘showcase’ (pameran) dan sebagainya, tapi ini sebagai barang bukti supaya maklumat ini betul,” katanya.

Related Posts

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PORT DICKSON – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terus memperhebat usaha meningkatkan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi bencana menerusi pelbagai pengetahuan latihan kepada penduduk yang berisiko menghadapi bencana dan terdedah kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) yakin tindakan beberapa bekas ahli PKR bertanding atas tiket Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan menjejaskan sokongan pengundi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi