Sedar kekuatan dan kelemahan diri, usaha lawan kekangan maksud jiwa merdeka – Rafizi

KUALA LUMPUR – ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ tema yang diangkat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 boleh diterjemahkan sebagai keyakinan untuk berusaha meskipun menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri ia akan mendorong untuk kita memerdekakan jiwa, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR itu juga memperincikan maksud jiwa merdeka yakni jiwa merdeka bermakna kita sedar kekuatan dan kelebihan kita, tetapi faham juga kekangan-kekangan yang kita perlu hadapi.

“Belum terlambat untuk saya zahirkan rasa syukur sempena kemerdekaan negara yang ke-67. Saya nak tunggu ‘content’ abang bomba reda dulu sebelum saya post content ni.

“Apa maksud jiwa merdeka? Ada kata Malaysia belum merdeka sebab dijajah Madani. Ada yang kata kemerdekaan tidak bermakna selagi ada kemiskinan.

“Bagi saya, jiwa merdeka terletak kepada penilaian masing-masing. Jiwa merdeka bermakna kita sedar kekuatan dan kelebihan kita, tetapi faham juga kekangan-kekangan yang kita perlu hadapi.

“Tetapi kekangan itu tidak melunturkan rasa yakin kita bahawa kita ada kemampuan untuk cemerlang dan sejahtera seperti pesaing kita, kerana kita yakin Allah memberikan rezeki kepada mereka yang berusaha dan bertawakal,” jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Menurut Rafizi, keyakinan untuk berusaha kerana kita serba maklum kekuatan dan kelemahan kita akan memerdekakan jiwa kita.

“Malaysia ialah sebuah negara yang dirahmati dengan pelbagai kelebihan.

“Musuh kita bukanlah orang lain, tetapi kita sendiri, jika kita tidak ada keyakinan untuk berusaha.

“Selamat menginsafi hari kemerdekaan ke-67, semoga jiwa kita kekal merdeka apa pun keadaan kita,” ucap Rafizi.

Related Posts

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

CADANGAN meningkatkan pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berdaftar daripada RM10,000 kepada RM15,000 setahun disifatkan wajar bagi membantu ibu dalam kalangan M40 yang bekerja,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

BATU PAHAT – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan semua perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan kejadian kematian seorang pelajar di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

  • By Fatin
  • October 4, 2026
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA