Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong menerima suntikan dana sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti demi keselesaan pelajar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu pada 2 Januari lalu turut merangkumi pembelian aset serta pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Menurutnya, inisiatif itu diambil susulan siri lawatan tapak dan maklum balas ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan bilik darjah yang uzur serta aspek keselamatan di sekolah berkenaan.

“Hasil tinjauan mendapati terdapat keperluan mendesak untuk membaiki infrastruktur sedia ada bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat.

“Justeru, saya turut menggesa Jabatan Pendidikan Negeri agar dapat mengurangkan kerenah birokrasi supaya proses penyelenggaraan di sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih efisien tanpa penangguhan yang tidak perlu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebagai tindakan susulan, satu pasukan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri telah turun padang ke SMK Lutong pagi ini bagi meneliti status kerosakan semasa dan mengenal pasti keperluan tambahan lain.

Choon Man turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas keprihatinan mereka menyalurkan maklumat bagi memastikan kebajikan pelajar dan warga pendidik sentiasa terbela.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA