Penduduk di tiga taman perumahan bimbang pencemaran bau

JOHOR BAHRU – Penduduk di tiga buah taman perumahan di sini, bimbang dengan bau asing seperti kimia yang dikesan mulai merebak di sekitar kawasan berkenaan sejak tengah malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Bomba Kanan I Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pencemaran bau meliputi kawasan Taman Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa di sini.

Menurut beliau, seramai 19 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima aduan berkenaan pada jam 1.39 pagi, hari ini.

“Terdapat pencemaran bau di tiga buah taman perumahan tersebut, namun ia masih belum dikenal pasti termasuklah mengetahui jenis serta tahap bahayanya.

“Malah, dakwaan tentang pencemaran ini bermula dari sungai berhampiran juga masih belum dapat dipastikan.

“Oeprasi masih dijalankan termasuklah mengambil bacaan udara menggunakan pengesan gas oleh unit Hazmat (Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, pihaknya turut dimaklumkan berhubung insiden itu, dan pihaknya juga sedang menjalankan siasatan di lokasi terjejas.

Sementara itu, seorang penduduk di situ yang enggan dikenali mencerita bau berkenaan telah dikesan sejak 12 tengah malam, semalam sehingga berlarutan awal pagi tadi.

Menurutnya, pencemaran bau yang berlaku kali pertama itu menimbulkan kebimbangan ekoran dia mengalami sakit kepala selepas bau seakan bahan kimia itu menusuk ke hidungnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16