SG4: Empat negeri kongsi syarikat, takut Sanusi kata rugi – Puad

PUTRAJAYA – Apakah nasib syarikat SG4 Group Sdn Bhd jika salah satu negeri pembangkang dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN), soal Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Syarikat gabungan empat negeri pimpinan pembangkang Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, itu akan memberi fokus kepada lima kluster ekonomi, dengan setiap negeri mempunyai pegangan ekuiti 25 peratus.

Mohd Puad berkata, idea empat negeri berkongsi syarikat tidak pernah dicetuskan selama ini dan berkemungkinan peralihan kuasa akan menyebab pengurusan syarikat ‘tunggang langgang’.

“Akan timbul banyak masalah baik dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah.

“Tidak pernah 4 negeri berkongsi buat satu syarikat. Sanusi pula tidak suka kongsi kongsi.

“Takut Sanusi kata, “Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi,” katanya di Facebook pada Selasa.

Tambahnya, dengan nada sinis berkata, penubuhan SG4 adalah semata-mata bermotifkan politik dan bukan untuk kepentingan rakyat.

“Justeru penubuhan syarikat SG4 ini bermotif politik bukan perniagaan. Apa lagi penasihatnya adalah Tun M,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Panel Penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, empat kerajaan negeri pembangkang menubuhkan sebuah syarikat bagi membolehkan hasil diperoleh negeri berkenaan diagihkan secara saksama.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas kerjasama dengan Iran

PUTRAJAYA – Malaysia dan Iran dalam usaha memperluas kerjasama khususnya dalam bidang infrastruktur, teknologi, telekomunikasi, pendidikan dan keterjaminan makanan.  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX