Banjir di Desa Senadin beransur pulih, JPS ambil langkah segera

MIRI – Keadaan banjir di Desa Senadin semakin pulih apabila kebanyakan kawasan yang terjejas didapati sudah kering sepenuhnya hasil tinjauan lapangan yang dijalankan pada petang Isnin.

Tinjauan tersebut dilakukan bersama oleh jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pasukan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat baki air banjir yang belum surut sepenuhnya di dua lorong di Jalan Jati, manakala dua lorong lain didapati mempunyai tompokan air di atas jalan.

Selain itu, pemeriksaan terhadap saluran keluar longkang ke kolam takungan mendapati paras air di kolam tersebut masih tinggi.

Susulan situasi itu, JPS dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Selasa bagi membincangkan kerja pembersihan segera di satu laluan utama longkang ribut (storm drain).

Laluan longkang tersebut dilaporkan mengalami kesesakan di kawasan tiang elektrik berhampiran Pencawang Tudan dan pembersihan perlu dilakukan bagi melancarkan pelepasan air dari kolam takungan.

Pada masa sama, JPS juga akan mengambil tindakan segera membersihkan beberapa saluran keluar kolam takungan sebagai langkah mengurangkan risiko banjir berulang.

Foto: Facebook ADUN Senadin

Related Posts

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

SEMPORNA – Seorang pekerja resort yang cedera selepas terjatuh di Pulau Tubing, dekat sini, hari ini dipindahkan melalui operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

SANDAKAN – Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan