Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM7.29 juta di Sibu

SIBU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya mematahkan cubaan penyeludupan rokok dan minuman keras tidak berkastam bernilai keseluruhan RM7.288 juta dalam satu serbuan di sebuah kediaman pada bulan lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya berkata, rampasan tersebut melibatkan 6,766,400 batang rokok dan 89,416.80 liter minuman keras pelbagai jenama.

Menurut beliau, operasi dijalankan oleh sepasukan anggota dari Unit Operasi Darat, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarikei pada 19 Disember 2025, kira-kira jam 9.15 malam hasil maklumat risikan Ibu Pejabat.

“Pemeriksaan rapi di sebuah rumah beralamat di Lorong Rantau Panjang Jaya 3H, Sibu telah menemukan sejumlah besar barangan larangan tersebut yang disembunyikan di premis berkenaan.

“Nilai sitaan bagi kedua-dua komoditi dianggarkan berjumlah RM1.21 juta, manakala jumlah duti dan cukai yang terlibat dianggarkan sebanyak RM6.08 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai modus operandi sindiket, Norizan mendedahkan bahawa premis kediaman digunakan sebagai stor penyimpanan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan oleh pihak berkuasa.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang tak berkastam.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000, dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000, mengikut mana yang lebih besar.

“Pesalah juga boleh dipenjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Related Posts

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

BELURAN – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sapi berharap lebih banyak program berasaskan komuniti terus diperluaskan bagi mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, selain menjadi platform menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

KUCHING – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak tampil menjelaskan pendirian berhubung isu pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dengan menzahirkan penghargaan penuh terhadap komitmen kerajaan Sarawak. Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital

Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital

Usia 15 tahun sudah berjinak dengan dadah sintetik

Usia 15 tahun sudah berjinak dengan dadah sintetik

Rakyat mahu Anwar terus terajui negara, kekal jadi PM selepas PRU16

Rakyat mahu Anwar terus terajui negara, kekal jadi PM selepas PRU16

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

Dua penambahbaikan subsidi diesel diumum, 4,146 stesen minyak sedia laksana BUDI MADANI

Dua penambahbaikan subsidi diesel diumum, 4,146 stesen minyak sedia laksana BUDI MADANI