Dua lelaki tempatan ditahan miliki dadah di Jalan Song

KUCHING – Dua lelaki warga tempatan ditahan pihak polis kerana disyaki memiliki dadah  dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Song pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira jam 1.15 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 44 tahun itu, pihak polis telah menjumpai 12 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 6.23 gram.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah tersebut dianggarkan berjumlah RM685 mengikut harga pasaran semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod jenayah lampau juga mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod, manakala suspek kedua mempunyai 17 rekod jenayah lampau berkaitan kes sebelum ini,” jelas beliau.

Menurutnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada tiga hingga sembilan kali.

“Kedua-dua suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula 12 hingga 15 Januari ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Tegas beliau, kejayaan tangkapan ini adalah hasil risikan berterusan dan kerjasama daripada orang awam dalam menyalurkan maklumat.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP