KePKAS beri 3 bulan kepada 86 premis penginapan di Semporna selesaikan permohonan lesen

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) memberikan masa selama tiga bulan kepada premis penginapan di Semporna untuk menyelesaikan permohonan lesen.

Menurut Pembantu Menteri, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak berkuasa melalui mekanisme penguatkuasaan yang akan dilaksanakan secara bersepadu jika gagal berbuat demikian selepas tempoh tersebut.

“Berdasarkan dapatan semasa, sebanyak 190 premis penginapan telah dikenal pasti beroperasi di daerah Semporna.

“Daripada jumlah tersebut, 45 premis telah berjaya dilesenkan, 59 premis sedang dalam proses memohon lesen, manakala 86 premis masih belum mengambil sebarang tindakan bagi tujuan pelesenan.

“Sehubungan itu, KePKAS menetapkan tempoh selama tiga bulan kepada kesemua 86 premis penginapan yang belum berlesen untuk menyelesaikan permohonan lesen masing-masing dan mematuhi sepenuhnya keperluan perundangan serta garis panduan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Jelasnya, perkara itu diambil sebagai langkah proaktif memperkukuh tahap keselamatan serta keyakinan pelancong domestik dan antarabangsa.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, KePKAS akan menggumpul semua Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan keselamatan pelancongan yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa dan teknikal.

“SOP-SOP yang telah diselaraskan akan diterbitkan dan boleh diakses secara terbuka melalui laman sesawang rasmi KePKAS bagi memastikan kefahaman yang jelas serta pematuhan menyeluruh oleh pengusaha industri pelancongan dan pihak berkepentingan,” ujarnya.

Selain itu, KePKAS juga akan melaksanakan operasi bersepadu dalam masa terdekat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa dan pihak berkuasa tempatan khususnya bagi memastikan pematuhan terhadap pelesenan, SOP keselamatan serta tahap keselamatan pelancong sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Katanya lagi, KePKAS komited untuk memastikan daerah Semporna kekal sebagai destinasi pelancongan yang selamat, teratur dan berdaya saing selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memelihara imej pelancongan Sabah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tambahnya, tahap keselamatan di daerah Semporna adalah terjamin dan berada dalam keadaan terkawal sekaligus menjadikannya destinasi pelancongan yang selamat untuk dikunjungi.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok