
SELANGOR FC memilih bekas jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Gergasi Merah, berkuat kuasa semalam.
Menerusi kenyataan rasmi kelab, Selangor FC turut memaklumkan bekas jurulatih interim, Christophe Gamel dilantik sebagai Pengarah Teknikal kelab yang baharu.
“Kelab yakin Pan-gon mampu meningkatkan prestasi pasukan utama Selangor FC serta memastikan skuad Gergasi Merah terus bersaing di peringkat tertinggi.
“Christophe Gamel pula akan memberi tumpuan kepada pembangunan sistem kejurulatihan dan pemain muda, khususnya bagi pasukan bawah 23 tahun serta program pembangunan akar umbi kelab,” jelas kenyataan itu.
Pan-gon mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak tempatan selepas pernah mengendalikan skuad kebangsaan dari tahun 2022 hingga 2023.
Sebelum ini, dia berkhidmat sebagai ketua jurulatih Ulsan Hyundai, antara kelab ternama di Korea Selatan.




