100 pelajar nikmati gunting rambut percuma menjelang sesi persekolahan 2026

SARATOK – Seramai 100 murid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka tampil lebih kemas dan ceria menjelang sesi persekolahan 2026 menerusi Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan baru-baru ini.

Program selama dua hari yang berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kalaka itu merupakan inisiatif Pergerakan Sayap Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka bagi membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga menyediakan persiapan sekolah anak-anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penganjuran program kemasyarakatan sebegini amat dialu-alukan kerana ia bertepatan dengan keperluan semasa penduduk setempat.

“Syabas dan tahniah kepada Sayap Belia PBB Kalaka atas komitmen serta keprihatinan yang ditunjukkan.

“Program seperti ini secara langsung dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga, terutamanya apabila sesi persekolahan bakal bermula tidak lama lagi,” katanya.

Menurut beliau, walaupun bantuan dandanan rambut ini dilihat ringkas, namun impaknya cukup bermakna buat keluarga yang perlu menyediakan pelbagai kelengkapan lain dalam tempoh yang singkat.

Dalam pada itu, Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada barisan pengusaha gunting rambut tempatan yang berbesar hati menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka.

Antara ‘tukang gunting’ yang terlibat menjayakan program ini ialah Perin Barbershop, Barberlab Studio, Naim Chiseled, Aien Barbershop dan Khalil Barbershop.

Rata-rata ibu bapa yang hadir menyambut baik usaha murni ini dan berharap lebih banyak program kebajikan serupa dapat diteruskan pada masa hadapan demi manfaat komuniti.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang hadir mewakili ADUN Kalaka bagi menyantuni para peserta.

Foto: Facebook ADUN Kalaka

Related Posts

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

MELAKA – Selepas hampir dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

LAHAD DATU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan rondaan dan pemantauan susulan kejadian gempa bumi magnitud 5.0 di perairan Sandakan yang turut dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tambang ECRL ditetapkan mampu milik, tiket dijangka dijual November

Tambang ECRL ditetapkan mampu milik, tiket dijangka dijual November

Kenaikan gaji minimum tidak boleh dijadikan penyelesaian tunggal isu pendapatan rakyat

Kenaikan gaji minimum tidak boleh dijadikan penyelesaian tunggal isu pendapatan rakyat

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0