Inisiatif ‘No Kompek’ Tawau disambut baik, komitmen pelihara alam sekitar

TAWAU – Masyarakat Tawau menyambut baik usaha berterusan Kerajaan termasuk khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dalam memperkukuh inisiatif ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna selari dengan komitmen memelihara kelestarian alam sekitar menerusi inisiatif kempen ‘No Kompek’ (plastik).

Kempen ini menyeru seluruh komuniti untuk menghentikan penggunaan beg plastik sekali guna dan mengamalkan pembawaan beg sendiri semasa membeli-belah.

Seorang pengguna di Tawau, Mohammad Danan, 27, berkata, langkah itu perlu disokong susulan daerah ini adalah bandar yang pesat membangun selain turut berdepan isu sisa plastik yang semakin serius terutamanya di kawasan pasar, longkang, sungai dan laut.

“Bagaimanapun, kita juga perlu faham bahawa perubahan tabiat memerlukan masa kerana ramai pengguna dan peniaga kecil sudah terbiasa dengan plastik percuma.

“Jadi pada saya, kempen ini akan berjaya jika disertai pendidikan berterusan dan alternatif yang mampu milik, contohnya beg guna semula pada harga rendah atau diberikan percuma pada fasa awal.

“Saya juga berharap perlaksanaannya lebih bersifat mendidik, bukan sekadar menghukum dan jika masyarakat faham kenapa ia penting, mereka akan patuh dengan rela hati bukan kerana terpaksa,” katanya kepada The Malaysia Press, pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kempen ini amat tepat untuk masa depan Tawau selain berharap agar kempen ini berjaya apabila semua pihak bergerak bersama.

Bagi Nurul Fariza Abdullah, kempen ini sememangnya dapat mendidik tabiat mesra alam kerana beliau percaya banyak beg kain atau beg mesra alam tersimpan dirumah tanpa digunakan semula.

“Jadi marilah bawa sendiri beg tersebut ke pasar atau kedai dan jangan disimpan jadi ‘azimat’ dalam almari sahaja.

“Sekiranya Tawau berjaya menjalankan kempen 100 peratus tanpa ‘kompek’, sudah pasti bandar Tawau akan lebih bersih, hijau dan lestari yang secara tidak langsung membantu menjaga kebersihan bandar Tawau serta mengurangkan sisa yang merosakkan alam,” katanya.

Dalam pada itu, Fariza juga berpendapat pengurangan sisa plastik dapat menjimatkan ruang pembuangan sampah, kos pengurusan sisa selain memberi impak besar terhadap pengurangan pencemaran plastik dalam komuniti.

Pada 1 Januari lalu, MPT menguatkuasa pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik Fasa 2 sekali gus meneruskan kempen ‘No Kompek’ selepas pelaksanaannya pada Fasa 1, November tahun lepas.

Pelaksanaan Fasa 2 itu merangkumi larangan penuh penggunaan beg plastik sekali guna pada setiap hari, tiada lagi caj beg plastik dibenarkan dan premis adalah diwajibkan mematuhi sepenuhnya prosedur baharu yang dikongsikan oleh pihak MPT.

Sementara itu, tinjauan wartawan The Malaysia Press di beberapa premis perniagaan sekitar kawasan Taman Sri Balung Tawau mendapati, pasar raya tidak menyediakan beg plastik kepada pengguna dan menggalakkan pengguna membawa beg sendiri.

Bagaimanapun, penggunaan beg plastik masih digunakan bagi perniagaan kecil termasuk jualan bahan mentah basah seperti ikan dan sayur-sayuran.

Related Posts

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bukan sahaja memperlihatkan persaingan antara parti-parti politik, malah membuka lembaran baharu dalam landskap pembangkang apabila Pas dilaporkan menggesa penyokongnya memberikan sokongan kepada calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

SIBU – Seramai 712 penduduk di sekitar Parlimen Lanang berjaya memperoleh lesen motosikal Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu Tahun 2026 anjuran pusat khidmat parlimen berkenaan. Timbalan Yang Dipertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan