Taman Rekreasi Bintangor bakal berwajah baharu, lebih moden

BINTANGOR – Penduduk Bintangor bakal menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa, selamat dan inklusif apabila projek naik taraf Taman Rekreasi Bintangor bernilai RM4 juta kini mula dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, inisiatif fasa pertama di bawah Agensi Pembangunan Rajang (RADDA) itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 bulan.

Menurut beliau, projek transformasi tersebut bakal menyuntik nafas baharu kepada landskap rekreasi setempat, sekali gus menjadi pusat tumpuan aktiviti komuniti yang lebih moden.

“Skop kerja melibatkan penambahbaikan menyeluruh fasiliti utama termasuk tandas awam, rumah kelab serta laluan joging yang menjadi nadi kecergasan penduduk sebelum ini.

“Lebih menarik, projek ini turut merangkumi pembaikan jambatan mini ikonik serta pembinaan sebuah pentas arena berbumbung yang direka khas untuk penganjuran pelbagai aktiviti riadah dan program kemasyarakatan,” katanya.

Tambah beliau, aspek mesra keluarga terus menjadi keutamaan menerusi naik taraf kawasan permainan kanak-kanak bagi memastikan taman tersebut dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan usia.

Dalam pada itu, Kuong Hiing memberitahu, pemantauan berkala akan dijalankan bagi menjamin kualiti kerja mengikut jadual ditetapkan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan alternatif rekreasi lain buat sementara waktu demi memastikan keselamatan sepanjang kerja-kerja pembinaan berlangsung.

“Sekiranya terdapat penjimatan kos atau lebihan peruntukan selepas siap kelak, kita akan mempertimbangkan penambahan komponen lain yang mampu memberi nilai tambah kepada penduduk Bintangor,” ujarnya positif.

Foto: FB DUN N46 Meradong

Related Posts

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM