Kenaikan gaji penjawat awam dilaksanakan atas keperluan, bukan desakan – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim, dibuat atas keperluan semasa dan bukan atas desakan mereka, memandangkan tiada kenaikan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

Beliau berkata, kenaikan itu juga bertujuan menghormati tanggungjawab tambahan yang dipikul oleh penjawat awam serta memastikan gaji mereka setimpal dengan peranan sebagai ketua keluarga.

“Kenaikan gaji itu menyebabkan kos tambahan keseluruhan RM18 bilion. Ini bukan kerana tuntutan penjawat awam, (sebaliknya) kerana kita lihat tanggungjawab bertambah dan (selama) 12 tahun diakui gaji mereka hanya memenuhi hak sebagai ketua keluarga.

“Jadi, saya mulakan dengan memberikan keadilan kepada rakan penjawat awam. Ini termasuk gaji hakim.

“Ada yang bertanya kenapa naik mendadak 30 peratus. Ini kerana selama 10 tahun sejak 2015, tidak ada kenaikan tahunan, tidak ada kajian semula,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pagi ini.

Justeru, Perdana Menteri berkata susulan kenaikan gaji itu, beliau sudah meminta Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam memastikan pentadbiran yang cekap dan bersih.

Anwar menegaskan perkara itu juga perlu dipantau semua ketua setiausaha (KSU), ketua pengarah dan ketua unit masing-masing.

“Selepas kerajaan menaikkan gaji penjawat awam, sudah tentu harapan dan jangkaan rakyat terhadap mereka adalah kualiti dan perkhidmatan yang lebih cekap.

“Rakyat berhak bertanya (mengenai perkhidmatan diberikan), jadi khidmat harus lebih cekap dan pantas.

“Nak tunggu jawab surat yang panjang, nak isi banyak borang untuk dapatkan sesuatu hal, nak patah balik dari satu jabatan ke jabatan lain, semua kerenah ini harus dibetulkan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan akan lebih serius melaksanakan inisiatif Digital Negara tahun ini.

Berikutan itu, beliau mengarahkan semua KSU dan ketua pengarah memastikan semua urusan dijalankan secara dalam talian, kecuali perkara yang terikat dengan peraturan undang-undang.

“Ini termasuk pada Jemaah Menteri, harus mulakan jawapan surat deraf awal itu (menggunakan teknologi) kecerdasan buatan (AI) kemudian kita berikan input peribadi untuk memperbaiki dan membetulkannya.

“Ini akan menjimatkan masa dan meningkatkan kualiti,” katanya.

Related Posts

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana