Kereta terjatuh ke sungai, tiada mangsa dilaporkan

SRI AMAN – Sebuah kereta dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Kampung Melayu Skait pada Isnin, namun tiada mangsa ditemui dalam kejadian itu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.48 pagi daripada orang awam yang ternampak kenderaan itu kira-kira 30 meter ke hilir sungai.

Operasi tersebut diketuai oleh Komander Operasi, PBK ll Elijah Tiyit bersama-sama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman segera ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati sebuah kereta berada di dalam sungai. 

“Pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada mangsa di dalam kenderaan itu. Pasukan juga memeriksa kawasan tebing berhampiran bagi memastikan tiada individu lain terlibat,” katanya.

Pihak polis turut berada di lokasi untuk membantu operasi dan siasatan. 

Kejadian itu disahkan selamat setelah pemeriksaan selesai.

Related Posts

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

SEMPORNA – Seorang pekerja resort yang cedera selepas terjatuh di Pulau Tubing, dekat sini, hari ini dipindahkan melalui operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

SANDAKAN – Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan