Pemindahan hati bayi 4 bulan bukti Malaysia miliki kepakaran bertaraf antarabangsa

KEJAYAAN Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada November lalu membuktikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf dunia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bayi yang hanya seberat 6.2 kilogram (kg) itu mengalami kegagalan hati dan memerlukan pemindahan hati dengan segera daripada ibunya pada 25 November lalu.

Bagaimanapun, beberapa minit sebelum prosedur bermula, jantung bayi itu terhenti secara tiba-tiba sehingga mencetuskan suasana cemas di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.

“Pasukan perubatan bertungkus-lumus melakukan resusitasi. Satu jam yang penuh debaran. Nyawa anak kecil ini benar-benar di hujung tanduk.

“Di sinilah kehebatan sebenar pasukan perubatan kita teruji. ​Bukan sahaja mereka berjaya menstabilkan kembali bayi itu, malah dengan penilaian klinikal yang tajam dan berani, mereka membuat keputusan berat iaitu untuk meneruskan pembedahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dzulkefly berkata meskipun prosedur berkenaan berisiko tinggi serta rumit memandangkan pembuluh darah bayi itu sangat halus, namun dengan kepakaran pakar bedah, pakar bius dan jururawat di PPUM, prosedur pembedahan pemindahan hati itu berjaya dilaksanakan.

“Kita ada bakat untuk mencipta keajaiban. Apa yang kita perlukan sekarang ialah sistem sokongan dan kesedaran rakyat untuk tampil berikrar sebagai penderma,” katanya.

Dzulkelfy berkata beliau tekad untuk memacu Agenda Transplantasi Nasional 2026 yang bertujuan menstruktur semula dan memperkasakan perkhidmatan pemindahan organ di Malaysia.

“Ini termasuk meningkatkan kesedaran rakyat untuk tampil sebagai penderma organ. Saya mendoakan agar bayi lelaki itu segera sembuh serta membesar dengan sihat dan kuat,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan