‘Family Night’ rai, hargai pekerja BPOM

TAWAU – Suasana penuh kemeriahan dan keakraban mewarnai ‘Family Night’ apabila warga Balung Palm Oil Mill (BPOM) bersama ahli keluarga diraikan dalam sebuah majlis penuh makna sebagai tanda penghargaan kepada pekerja yang menjadi nadi dan tulang belakang operasi kilang.

Majlis yang diadakan secara konsisten setiap tahun itu dianjurkan khusus selari dengan aspirasi Malaysian Kuwaiti Investment Co (MKIC) yang berteraskan ‘Happiness Economy’ iaitu meletakkan kesejahteraan dan kebahagiaan pekerja sebagai keutamaan.

Pengurus Kilang BPOM, Mohd Nizam Ghazali berkata, walaupun dibuat secara sederhana, acara ini diperuntukkan secara rasmi dalam belanjawan tahunan kilang sebagai bukti komitmen menghargai warga kerja.

“Apa yang lebih membanggakan, keseluruhan acara dilaksanakan sepenuhnya oleh warga kilang sendiri tanpa melibatkan bantuan luar.

“Dari perancangan program, hiasan pentas, sistem audio, persembahan hiburan hinggalah penyediaan makanan, semuanya hasil titik peluh kakitangan dan pekerja BPOM,” katanya kepada media, selepas acara BPOM Family Night ‘Denim United’ di Tawau, pada Sabtu.

Kira-kira lebih 350 orang termasuk pekerja dan ahli keluarga hadir memeriahkan majlis ini, mencerminkan hubungan erat antara pengurusan dan warga kerja.

Dalam pada itu, Nizam juga percaya bahawa setiap pekerja mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing termasuklah menyanyi, berjenaka dan menyedia sistem audio yang ditonjolkan pada malam itu.

Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah dengan sebuah motosikal sebagai hadiah utama serta sesi hiburan selain jamuan makan malam yang mencerminkan semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam menghargai warga kerja.

Related Posts

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

KOTA SAMARAHAN – Seramai 279 warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan wakil agensi berkaitan menyertai Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026 serta Kursus Prapersaraan 2026 yang memberi tumpuan kepada aspek kesejahteraan warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

BERA – Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai seorang anggotanya cedera ditikam oleh Orang Asli ketika menjalankan operasi pemantauan keselamatan di Hutan Simpan Kekal Ramsar, Tasik Bera di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas