The EAST bakal jadi ‘game changer’ di Paya Besar

KUANTAN – Pusat teknologi berteraskan konsep modal insan, inovasi dan kemampanan dikenali sebagai The EAST adalah antara fokus utama dalam pelan pembangunan bandar baharu Paya Besar 2030.

Bangunan bernilai kira-kira RM5 juta itu bakal beroperasi bulan depan dan tahap kemajuan semasa projek itu sudah melepasi 94 peratus.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, bangunan The EAST yang terletak berdekatan stesen Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) Paya Besar juga memberi kelebihan kepada pusat berkenaan untuk menarik penyertaan pemain industri dalam sektor teknologi digital.

“Konsep The EAST adalah merangkumi rangka kerja yang mengintegrasikan peranan teknologi dan inovasi bagi mencapai pembangunan lestari, sambil menekankan kesejahteraan manusia.

“Ia adalah antara perancangan kita di Paya Besar dan kita juga sudah mempunyai Taman Teknologi Pahang berhampiran stesen ECRL, dan bila The EAST memulakan operasi, sudah tentu dalam meningkatkan nilai tambah bagi kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program ‘Back To School Paya Besar 2026’ di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Mohd Zaili Besar dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Lepar, Mustaqim Zakaria.

Seramai 534 murid dan pelajar dari sekolah sekitar Parlimen Paya Besar menerima sumbangan pakaian seragam serta kelengkapan sekolah pada majlis itu.

Mengulas mengenai program berkenaan, Mohd Shahar menjelaskan, pemilihan bagi penerima sumbangan dibuat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

“Senarai (penerima) semua disediakan pihak JPN Pahang dan mereka adalah daripada keluarga B40 dan miskin tegar yang sudah dikenal pasti oleh pihak JPN negeri.

“Kita melihat sumbangan ini bukan hanya setakat angka 534 penerima, tapi jauh daripada itu adalah menerusi program seumpama ini, secara tidak langsung membantu meringankan beban 534 keluarga dalam persiapan anak-anak mereka ke sekolah.

“Jadi, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program pengagihan sumbangan… antaranya RISDA, Yayasan Taqwa, wakil dari syarikat ‘Canggih’ serta Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Paya Besar,” katanya.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor