RM40 juta turap 800 jalan perumahan di Perak

IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM40 juta bagi kerja penurapan semula jalan raya melibatkan hampir 800 jalan di kawasan perumahan di seluruh negeri Perak.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut merangkumi tambahan RM20 juta yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu, selepas sebelum ini RM20 juta telah diperuntuk khusus kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Kita tambah lagi RM20 juta, menjadikan keseluruhan RM40 juta untuk negeri Perak. Jika satu jalan dianggarkan menelan kos sekitar RM50,000, peruntukan ini membolehkan hampir 800 jalan di kawasan perumahan diturap semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan kerja di Bandar Medan Ipoh, di sini, pada Jumaat. Turut hadir, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching serta Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

Menurut Nga, KPKT bersama PBT memikul tanggungjawab memastikan penyelenggaraan jalan di kawasan perumahan berada pada tahap memuaskan demi kesejahteraan penduduk.

Beliau berkata, daripada RM20 juta tambahan itu, Majlis Perbandaran Manjung menerima RM5 juta, Majlis Perbandaran Teluk Intan (RM3.08 juta) dan Majlis Perbandaran Taiping (RM3.1 juta), manakala selebihnya diagihkan kepada majlis daerah lain.

“Ini bermakna hampir semua PBT di negeri Perak menerima peruntukan khas daripada RM40 juta ini,” katanya.

Tambah Nga, langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh kementerian membolehkan lebihan peruntukan disalurkan semula kepada rakyat bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan setiap sen dimanfaatkan sebaiknya.

Beliau turut memaklumkan, MBI merupakan PBT yang menerima peruntukan tertinggi di seluruh negara iaitu sebanyak RM20 juta, yang akan digunakan sepenuhnya untuk kerja penurapan semula hampir 400 jalan di kawasan perumahan sekitar Ipoh.

Dalam perkembangan sama, Nga berkata, kerja penurapan semula semua jalan di kawasan Bandar Baru Medan Ipoh melibatkan jarak kira-kira 3.2 kilometer telah siap sepenuhnya dengan kos hampir RM1.9 juta, hasil kerjasama antara KPKT dan MBI.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng