Motosikal rempuh pikap: Kanak-kanak maut, tiga cedera parah

SEMPORNA – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas motosikal ditunggang bapanya merempuh sebuah pikap di Jalan Tampi-Tampi, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiao Wah berkata, dalam kejadian 3.50 petang, mangsa berumur empat tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati pikap dipandu wanita 20 tahun dilanggar semasa memasuki simpang di sebelah kanan jalan yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran, seorang kanak-kanak maut, manakala penunggang berumur 35 tahun dan dua lagi pembonceng cedera parah,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor