Mesin ATM ketiga untuk rakyat Nenggiri

KOTA BHARU – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri terus menarik nafas lega apabila mesin juruwang automatik (ATM) ketiga disediakan untuk kemudahan penduduk setempat.

Berita gembira itu dikongsikan oleh wakil rakyat mereka Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya pada Sabtu.

Azmawi atau Awie berkata, kemudahan itu diwujudkan di sebuah stesen minyak berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Rantau Manis.

“Semoga mesin ATM ini dapat memberikan kemudahan kepada rakyat Nenggiri dan tidak lupa juga perantau yang melalui lebuh raya Gua Musang,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Maybank yang membantu merealisasikan kemudahan itu untuk penduduk setempat.

The Malaysia Press sebelum ini melaporkan, dakwat masih di jari, penduduk di DUN Nenggiri menerima kemudahan ATM kedua di Bertam Baru di sini selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK).

Sebelum itu pada 14 Ogos, sebuah ATM telah dipasang di Jerek Baru iaitu tiga hari sebelum rakyat DUN Nenggiri mengundi.

Kemudahan tersebut amat dinantikan oleh lebih 30,000 penduduk di sini kerana mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) untuk mengeluarkan wang apabila kawasan tersebut sudah dilengkapi dengan ATM.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017