9 jam bekas menteri disoal pegawai penyiasat SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil masa selama sembilan jam dalam proses mengambil keterangan bekas menteri yang dipercayai menerima kira-kira RM5 juta dan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.

Difahamkan, pegawai penyiasat hanya melepaskan individu terkenal itu sekitar jam 6 petang tadi.

Bekas menteri itu telah dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM jam 10.01 pagi menaiki sebuah kenderaan berwarna putih dan dilepaskan pulang oleh pegawai penyiasat sekitar jam 6 petang, hari ini.

Semalam, individu berkenaan dilaporkan berada di Ibu Pejabat SPRM lebih tujuh jam untuk disoal siasat berhubung siasatan kes rasuah yang dikaitkan dengan projek papan iklan serta urusan pemindahan tanah di ibu negara.

Beliau dipercayai meninggalkan pekarangan ibu pejabat SPRM pada jam 6.50 petang selepas tiba sekitar jam 10.30 pagi.

Media melaporkan, menteri itu dikatakan menerima rasuah berkaitan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.

Kereta mewah itu diterima daripada sebuah syarikat pembuat papan iklan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pula telah mengesahkan siasatan dibuka mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Bekas menteri itu pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu kini turut berada dalam radar siasatan berikutan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat dalam sebuah kementerian.

Related Posts

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

PROKLAMASI berkaitan pelucutan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bercanggah dengan adat dan undang-undang negeri, kata Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu Malaysia-India perkukuh sinergi E&E, semikonduktor

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dan India memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi memperluas kerjasama ekonomi bernilai tinggi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang