Inisiatif MADANI: Penawar berkesan tangani kos sara hidup, ringankan beban rakyat

HELDA JULIE, NANA MOHAMAD, JASMINE AE

KUCHING – Pelaksanaan pelbagai inisiatif bantuan di bawah Kerajaan MADANI termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), BUDI MADANI (BUDI95) dan Jualan Rahmah disifatkan sebagai penawar berkesan dalam membantu rakyat mendepani cabaran kos sara hidup semasa.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati rata-rata penerima daripada pelbagai latar belakang pekerjaan menyambut baik usaha tersebut yang bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah memberi kelegaan kepada aliran tunai harian mereka.

Bantuan praktikal sektor swasta

Bagi pekerja swasta, Joan Andrew, 35, gabungan tiga inisiatif utama iaitu SARA, BUDI95 dan Jualan Rahmah dilihat sangat membantu golongan berpendapatan sederhana serta pekerja swasta sepertinya.

Menurutnya, SARA memudahkan urusan pembelian barangan asas, manakala BUDI95 memberi manfaat langsung kepada mereka yang bergantung kepada kenderaan untuk urusan kerja melalui pengurangan kos bahan api.

“Jualan Rahmah pula memberikan peluang membeli barangan keperluan pada harga lebih rendah.

“Bagi saya, inisiatif ini bukan sahaja memberikan bantuan praktikal, malah menunjukkan keprihatinan kerajaan. Ia memberi motivasi kepada kami untuk terus berusaha kerana walaupun bantuan tidak menyelesaikan semua masalah kewangan, ia tetap meringankan beban,” katanya.

Joan turut berharap program-program sebegini dapat diperluas agar manfaatnya dinikmati oleh lebih ramai rakyat.

‘Talian hayat’ B40 & rangsangan ekonomi

Sementara itu, Norlida Tawil, 55, yang bekerja sendiri menyifatkan SARA sebagai satu “talian hayat” yang amat dinantikan oleh golongan B40 dalam situasi ekonomi yang mencabar.

Dia berpandangan bahawa bantuan tersebut mempunyai kesan berganda, di mana ia turut merangsang ekonomi setempat apabila wang bantuan dibelanjakan di kedai-kedai runcit dan pasar raya.

“Harapan saya agar bantuan SARA ini dijadikan agenda tetap dalam belanjawan negara setiap tahun agar kestabilan kos hidup rakyat lebih terjamin.

“Saya juga berharap kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlah sumbangan secara berkala selaras dengan kadar inflasi semasa bagi memastikan kuasa beli golongan sasar tidak merosot,” ujarnya.

Harapan peningkatan kadar bantuan

Dalam pada itu, Cik Dee, 26, seorang jurujual, mengakui bantuan tunai SARA RM100 sedikit sebanyak membantu menampung keperluan dapur seperti tepung, gula, dan telur.

Dia memuji sifat inklusif bantuan tersebut yang diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira status, namun menyuarakan harapan agar nilainya dapat ditambah baik pada masa hadapan.

“Saya berharap bantuan ini dapat diteruskan dan jika boleh, dinaikkan kepada RM200 supaya kami dapat membeli barangan keperluan lain dengan kuantiti yang lebih banyak,” katanya.

Rata-rata responden senada bahawa komitmen berterusan kerajaan dalam menambah baik inisiatif bantuan rakyat adalah kunci kepada pembinaan masyarakat yang lebih berdaya tahan dan sejahtera.

Related Posts

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dijangka tidak akan mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

PUTRAJAYA – Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mencetuskan krisis persepsi negatif politik dalam Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu