Pas Pahang ‘terasa hati’ dengan nasib Mohd Shukri

KUANTAN – Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar mengakui ‘terasa hati’ jika ada pihak menghina bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu berkata, dia menganggap Mohd Shukri sebagai seorang sahabat yang rapat.

“Kalau ke Perlis, saya bermalam di rumahnya, begitu (juga) dia ke Kuantan, dia bermalam di rumah saya.

“Kalau orang menghina dia, memang saya turut terasa hati, namun saya tahu dia mempunyai kekuatan hati untuk hadapi segala bentuk mehnah.

“Sejak dia jadi MB (Menteri Besar) saya susah nak ke Perlis, tak nak ganggu tugasan dia… tapi, bila dah letak jawatan ni, rasa nak segera ke sana,” katanya.

Rosli yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang turut berkongsi gambar Mohd Shukri dalam hantaran ini.

Gambar berkenaan turut mengandungi pantun yang menggambarkan seolah-olah Mohd Shukri sedang berdepan dugaan politik yang berat sejak kemelut kepimpinan tercetus di negeri paling kecil di Semenanjung itu.

ADUN Sanglang itu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis pada Khamis lalu.

Tempatnya diganti ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah yang mengangkat sumpah petang tadi.

Abu Bakar adalah ADUN daripada Bersatu dan dijangka mencetuskan krisis berpanjangan dalam gabungan Perikatan Nasional di negeri itu.

Related Posts

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu menerusi pemilihan jawatankuasa gabungan itu. Ahmad Farhan akan dibantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

DAKWAAN bahawa Bersatu mengkhianati Pas dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis terus dipersoalkan apabila bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, menegaskan krisis itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang