KOTA KINABALU – Ibu Allayarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat tampil menafikan dakwaan tidak berasas berhubung pengurusan tabung dana Justice For Zara dan menjelaskan tabung berkenaan hanya di audit selepas prosiding inkues dan kes selesai.
Noraidah menerusi satu perkongsian di Facebooknya pada Rabu berkata, setiap penggunaan dana berkenaan direkodkan dengan telus dan jelas.
“Kepada yang suka memfitnah beliau (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Marhamah Rosli), boleh baca hingga hadam. Tabung tersebut hanya dibuka dua hari dan sudah ditutup.
“Segala penggunaan dana ada direkod dengan jelas dan kami dinasihatkan hanya akan melakukan audit apabila selesai prosiding inkues dan kes #JusticeForZara,” tulisnya dengan berkongsi pautan portal berita menyebut ‘Marhamah Jawab Kontroversi salah guna dana dalam pengurusan akaun Justice For Zara’.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Marhamah atas pelantikannya sebagai Timbalan Menteri sekali gus berterima kasih kepada beliau kerana memperjuangkan kes anaknya.
“Alhamdulillah. Tahniah Puan, banyak jasa puan ni kepada saya. Hanya Allah SWT saja mampu membalasnya.
“Insya-Allah.. Kita sama-sama beri sokongan dan doakan yang terbaik kepada puan. Selepas ini, saya panggil puan YB Senator,” ujarnya.
Difahamkan, Marhamah ketika ditemui di Kuala Lumpur berkata, akaun tabung berkenaan diasing sepenuhnya dan tidak bercampur dengan akaun lain NGO yang pernah dipengerusikannya.
“Sebaliknya, tabung itu mempunyai penama tersendiri yang melibatkan Noraidah dan beberapa peguam,” menurut Bernama.
Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara
KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…
Lebih lanjut




