Fahmi yakin rombakan Kabinet perkukuh pentadbiran Kerajaan MADANI

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan keyakinan bahawa rombakan Kabinet yang diumumkan hari ini mampu memperkukuh pentadbiran Kerajaan MADANI menerusi pelantikan anggota pentadbiran yang berpengalaman serta sesuai dengan portfolio masing-masing.

Beliau berkata, pelantikan berkenaan dibuat berdasarkan pertimbangan menyeluruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan setiap anggota Kabinet dapat meneruskan sumbangan bakti kepada negara secara berkesan.

β€œSudah pasti Perdana Menteri akan melihat apakah cara yang terbaik untuk rakan-rakan meneruskan sumbangan bakti mereka kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Biasiswa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di sini, hari ini.

Mengulas pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari, sebagai Menteri Belia dan Sukan, Fahmi berkata, portfolio berkenaan amat serasi dengan keperibadian serta pengalaman beliau yang dilihat aktif dan mempunyai idea yang boleh diterjemahkan.

β€œSaya lihat beliau sangat aktif dan penuh idea yang boleh diterjemahkan untuk memastikan belia dan juga sukan dalam negara kita terus cemerlang,” katanya.

Fahmi turut menyifatkan pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) sebagai satu pilihan yang sangat tepat, memandangkan pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen Segambut.

β€œSaya masih ingat lagi kami pernah membuat laporan polis berhubung penjualan kolam-kolam takungan. Aspek pembangunan mampan ini sangat dekat di hati beliau, dan saya percaya perkara ini akan diteliti dengan serius,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua menteri yang berkhidmat sebelum ini, sama ada yang ditamatkan perkhidmatan atau bertukar portfolio, sambil mendoakan agar mereka dapat terus menyumbang bakti kepada negara dalam apa jua kapasiti.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, mesyuarat pertama Jemaah Menteri selepas rombakan Kabinet dijangka berlangsung esok, manakala sidang media pasca Kabinet dijangka diadakan pada Khamis ini, jam 2.30 petang.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelantikan beberapa anggota Kabinet baharu selain pertukaran portfolio melibatkan beberapa menteri sedia ada.

Upacara angkat sumpah anggota Kabinet yang baharu dijadualkan berlangsung esok pada jam 10 pagi di Istana Negara.

Related Posts

Pindaan asing peranan AG, Pendakwa Raya perkukuh kebebasan institusi – Fahmi

PUTRAJAYA – Cadangan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 disifatkan sebagai reformasi institusi yang bertujuan memperkukuh sistem demokrasi serta kebebasan institusi pendakwaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jawatankuasa Kabinet bincang isu pekerja asing minggu depan – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Pekerja Asing seawal minggu depan bagi menyelaras penyelesaian terhadap pelbagai isu berkaitan pengurusan pekerja asing, termasuk yang dibangkitkan sektor makanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Pindaan asing peranan AG, Pendakwa Raya perkukuh kebebasan institusi – Fahmi

Pindaan asing peranan AG, Pendakwa Raya perkukuh kebebasan institusi – Fahmi

Jawatankuasa Kabinet bincang isu pekerja asing minggu depan – Fahmi

Jawatankuasa Kabinet bincang isu pekerja asing minggu depan – Fahmi

PM seru kempen PRN Johor berlangsung matang, hormati rakyat

PM seru kempen PRN Johor berlangsung matang, hormati rakyat

πŠπ‹πŸπŸŽ dijangka berlangsung pada suku keempat 2026 – Menteri

πŠπ‹πŸπŸŽ dijangka berlangsung pada suku keempat 2026 – Menteri

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini