GRS beri laluan BN tanding PRK Kinabatangan, Lamag – Hajiji

KOTA KINABALU – GRS memberi bayangan kemungkinan besar tidak bertanding sebaliknya memberi laluan kepada BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu sebagai penghormatan kepada BN yang juga sebahagian daripada Kerajaan Sabah.

“Keputusan mengenai kedua-dua kerusi itu masih dalam perbincangan tetapi prinsipnya kita akan beri laluan.

“Sebarang keputusan akhir akan dibuat berdasarkan rundingan dan persetujuan semua pihak demi kepentingan rakyat dan kestabilan pentadbiran negeri,” katanya kepada media selepas Sidang DUN Sabah, pada Selasa.

Menurut Hajiji yang juga Pengerusi GRS, pihaknya bersedia memberi laluan dan membantu rakan parti supaya dapat memenangi PRK tersebut.

“Nanti saya akan berbincang dengan Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional,” katanya.

Kekosongan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag berlaku susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Related Posts

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

KOTA KINABALU – Umat Islam di negeri ini diseru agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

KUANTAN – Seluruh rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini diseru memelihara perpaduan dan mengelakkan sebarang perpecahan yang boleh meretakkan keharmonian masyarakat. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran