Jafry ucap tahniah pelantikan Arthur Kurup sebagai Menteri NRES

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Arthur Joseph Kurup atas pelantikan beliau sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Menurut Jafry, pelantikan itu amat bertepatan dengan keperluan semasa negara, khususnya dalam memastikan pengurusan sumber asli dan agenda kelestarian alam sekitar dapat dilaksanakan secara seimbang.

“KePKAS Sabah mengalu-alukan kerjasama erat dengan NRES, terutama dalam aspek pemeliharaan biodiversiti, pengurusan kawasan perlindungan, perubahan iklim serta pembangunan pelancongan lestari yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, sinergi antara kedua-dua kementerian ini amat penting bagi memastikan pembangunan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar dan kelangsungan industri pelancongan.

“Selain itu, ianya juga dapat bergerak seiring demi kepentingan negeri Sabah dan negara,” katanya.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai