Dua menteri gugur, tiga muka baharu jadi menteri

DUA menteri digugurkan daripada barisan Kabinet baharu Kerajaan MADANI yang diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Datuk Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Muhammad Na’im Mokhtar digugurkan daripada barisan Jemaah Menteri dalam rombakan kedua pentadbiran Anwar.

Zaliha dan Na’im sebelum ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang masing-masing memegang portfolio Wilayah Persekutuan serta Hal Ehwal Agama.

Jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digantikan dengan timbalan sebelum ini iaitu Dr Zulkifli Hasan.

Portfolio Wilayah Persekutuan digantikan dengan Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan.

Kembali mendapat kepercayaan dilantik menjadi menteri ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Perdana Menteri juga melantik tiga muka baharu menjawat jawatan menteri iaitu Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi, Datuk R Ramanan menjawat Menteri Sumber Manusia dan Dr Mohamed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan