DBKU pertingkat penyelenggaraan saliran, pantau kawasan berisiko banjir

KUCHING – Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) meninjau sistem penutup pembetung dan saliran sedia ada di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengurangkan risiko banjir, khususnya menjelang musim hujan.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman berkata, tinjauan tersebut memberi tumpuan kepada aliran dari manhole utama yang menghubungkan sistem perparitan ke kawasan sekitar Bandaraya Kuching.

Menurut beliau, penilaian turut melibatkan keupayaan dan keberkesanan sistem perparitan dalam menampung aliran air berlebihan ketika hujan lebat, selain mengenal pasti kekangan teknikal yang boleh menyumbang kepada kejadian banjir.

“Lawatan ini juga bertujuan mengenal pasti punca utama berlakunya banjir, termasuk isu penyelenggaraan, kapasiti saliran, halangan aliran air serta faktor persekitaran lain,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan tapak pada Selasa.

Beliau berkata, hasil penilaian tersebut akan dijadikan asas bagi mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan terlibat.

Hilmy menegaskan DBKU komited untuk mempertingkatkan usaha penyelenggaraan sistem saliran termasuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan berkala serta menambah baik reka bentuk perparitan di kawasan berisiko tinggi.

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi banjir melalui perancangan awal, pemantauan berterusan di lokasi kritikal serta penyelarasan tindakan pantas antara agensi berkaitan.

“Kerjasama berterusan antara DBKU dengan agensi teknikal lain akan diteruskan bagi memastikan langkah-langkah mitigasi yang dirancang dapat dilaksanakan secara berperingkat dan berkesan demi keselamatan serta kesejahteraan penduduk di Kuching,” katanya.  

Dalam lawatan tersebut, ia melibatkan pegawai-pegawai teknikal bagi menilai keadaan infrastruktur perparitan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan itu.

Dalam perkembangan lain, Hilmy mendedahkan sebanyak 22 lokasi berisiko banjir telah dikenal pasti di sekitar Kuching, antaranya Kampung Pulo, Bintawak, Surabaya Ulu, Kampung No. 4, Kudei Baru, Jalan Hospital, Jalan Padang Merdeka, Kampung Gita Laut, Kampung Gita Tengah, Kampung Pinang Jawa dan Taman Mawar.

Beliau berkata, lokasi lain yang turut dikenal pasti ialah Kampung Sungai Maong, Kampung Sungai Lumut, Kampung Buntal, Kampung Sungai Berdaun, Telaga Air, Kampung Bako, Kampung Goebilt, Kampung Semerah Padi, Kampung Semariang Aman Fasa 2 dan 3, Kampung Tupong Ulu dan Jaya, Kampung Astana Lot, Kampung Sungai Bedil, Kampung Lintang serta Kampung Tunku RPR Fasa 2.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa